Friday, December 26, 2008

Kenangan

Kami meninggalkan PP dengan penuh kenangan. Sehabis daftar keluar, si isteri ingin pergi melihat Queen Mall. Setelah dua kali berpusing kami sampai di situ. Biasa saja keadaan di sesebuah pasar raya besar. Kami singgah sarapan/makan tengah hari di restorannya. Selepas sedikit berjalan-jalan kami terus keluar untuk balik ke Sg Cenaam. Kesimpulannya PP suatu tempat yang selesa untuk pergi bercuti. Cuma kena pandai mencari tempat makan yang sedap. Kami berjanji untuk ke sana lagi tetapi untuk menyewa di Hotel Vistana dengan harga yang kami dapat mungkin tidak lagi pada masa akan datang.

1 comment:

- dieyana - said...

Hem...bagus juga pulau pinang sebagai destinasi percutian bersama keluarga ya? Belum pernah sampai ke negeri pulau mutiara itu!