Wednesday, January 28, 2009

Tunang Tuk Dukun

Hujung minggu lalu menghadiri majlis pertunangan saudara lelaki dengan lawannya di kampung sebelah. Syukur kerana kali ini dapat orang sekampung tidaklah perlu memikirkan sangat kos petrol dan tol. Sesampai di rumah pihak perempuan rombongan kami disambut gerimis tebal. Terus masuk ke dalam rumah. Pihak kami terus memulakan majlis. Jurucakap kami (kebetulan menjadi bidan terjun) terus membuka jalan menyuarakan hasrat. Alhamdulillah perjalanan teratur dan aku dijemput membacakan doa. Dan selepas itu kami dijemput menjamu selera. Cuma yang agak kurang menyenangkan bagiku ialah dara yang telah/akan ditunangkan itu memakai baju lengkap macam pengantin mungkin siap jurusolek lagi. Kenapa begitu? Kan lebih elok pakai baju kurung. Lebih manis begitu. Ini belum lagi cerita bergambar dengan tunang lelaki!

2 comments:

- dieyana - said...

dara tu bertunang dengan tuk dukun ke? semoga dara tu dan tuk dukun berbahagia! baju kurung vs baju pengantin....hemmmm...

lieza said...

zaman sekarang ramai yang majlis bertunang macam kenduri kahwin.. dah tu bila dah bertunang pun macam dah bernikah..

bila dah jadi kebiasaan..orang lupa..itu sebenarnya, salah.


siapa yang yang bersalah dalam hal ini?