Saturday, November 29, 2008

Menulis!!!

Gurindam II
Ini gurindam pasal yang kedua:
Barang siapa mengenal yang tersebut,

tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

***

Cuba-cubalah menulis. Kata-kata sedemikian sering kali terlafaz apabila bertemu dengan kawan-kawan penulis. Malah ketua bahagian dan pengarah pun kerap kali berkata sedemikian. Dan kak lah sendiri pun banyak memberikan tip-tip yang baik untuk menulis (malah sudah pun memberi tajuk dan jalan cerita). Akan tetapi masih juga tidak jadi atau sudah tiap-tiap cerita. Ada penceramah kursus penulisan menegaskan bahawa bakat bukan perkara pertama dan penting dalam bidang penulisan. Yang paling utama ialah kerja keras. Namun aku ada bertanya kepada seorang penceramah, begini, apabila kita sudah ada tajuk dan ada cerita malah sudah ada pengakhirannya tetapi kita tersekat di tengah-tengahnya bagaimana tanyaku. Maka dia menjawab, kita balik kembali kepada bakat. Aku setuju dengan itu. Bakat merupakan satu anugerah. Namun cuba-cuba juga untuk menulis, sekurang-kurangnya entri ini dan blurb buku. Kalau semua jadi penulis siapa pula yang nak pembaca!!!

1 comment:

Unknown said...

Tulislah, apa-apa pun. Mula-mula yang nyata, yang realiti. Kemudian cuba bayangkan apa, bagaimana, yang akan, yang lalu... cuba imaginasi, campur pengalaman, campur harapan, keinginan... insya-Allah dapat satu cerita. Macam kita cakap-cakap di mulut juga, ada betul, ada rekaan, banyaknya tipu je. Itulah cerita. Cuba le!